Perawatan ini tidak perlu diragukan lagi kerana berdasarkan hadis-hadis yang banyak menerangkan kebaikan bagi orang yang mengamalkan bekam ini. Nabi Muhammad S.A.W. merupakan insan pertama yang dibekam para Malaikat dengan perintah Allah S.W.T. sebelum Isra dan Mi’raj.

Dari Ibnu ‘Umar r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kamu, maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu.”

(Lihat Kasyful Astaar ‘an Zawaa-idil Bazzar)

1-1
darah-bekam-vs-fresh-2

Mengapa Perlu Berbekam?

Bekam merupakan teknik perubatan Sunnah Rasulullah S.A.W. yang telah lama diamalkan oleh manusia sejak zaman dahulu kala dan kini di modenkan mengikut kaedah-kaedah ilmiah dan kaedah efektif tanpa kesan sampingan.

Teknik perubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor dan toksid melalui permukaan kulit. Toksin/toksid adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh kita. Toksin ini berasal daripada pencemaran udara, mahupun dari makanan yang banyak mengandungi zat pewarna, bahan pengawet, penyedap rasa, pemanis, racun dari sayuran dan sebagainya.

BEKAM adalah salah satu proses ‘detoksifikasi’ yang sangat berkesan dan mujarab serta tiada kesan sampingan. Berbekam juga sangat bermanfaat untuk mengubati orang yang keracunan makanan, bisa dan sejenisnya.