Maksud Ruqyah

Ruqyah’ adalah kaedah merawat penyakit menggunakan ayat Al-Quran dan doa-doa sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ.

Tujuan ruqyah adalah untuk menyembuhkan penyakit sama ada penyakit rohani mahupun jasmani, penyakit disebabkan sihir, gangguan makhluk halus, jin dan sebagainya.

Terdapat beberapa kaedah ruqyah yang biasanya digunakan dalam rawatan, namun yang paling utama ialah ia hendaklah selari dengan syariat Islam. 

Sabda Nabi S.A.W.:

اعْرِضُوا عَلَىَّ رُقَاكُمْ لاَ بَأْسَ بِالرُّقَى مَا لَمْ يَكُنْ فِيهِ شِرْكٌ

Maksudnya: “Bentangkan kepadaku ayat ruqyah kalian. Tidak mengapa untuk beruqyah selagi mana tidak ada syirik.”

Riwayat Muslim (5862)

Syarat-syarat Ruqyah Berhasil

1. Niat

Pastikan niat anda betul. Niat untuk menyembuhkan segala gangguan/penyakit yang ada dalam diri menggunakan ayat-ayat al-quran kerana Allah SWT. 

 

2. Yakin

Bacalah ayat-ayat daripada Al Quran dengan yakin, jelas dan kuat semasa dalam proses meruqyah. Yakinlah bahawa Allah yang Maha Menyembuhkan. 

 

3. Konsisten

Seperti rawatan-rawatan lain, proses rawatan menggunakan ayat ruqyah juga perlulah konsisten. Amalkan bacaan yang diajarkan setiap hari dan setiap masa untuk hasil yang positif. 

“Kesembuhan Hanya Milik Allah.” Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din

Buku Panduan Ruqyah Asas Pengubatan Islam