Juga dikenali sebagai Fire Cupping iaitu menggunakan medium api sebagai bahan untuk membuat ruangan pada alat penyedut. Bekam jenis ini dilakukan dengan gelas yang direkabentuk khas untuk membuat ruang hampagas pada kawasan bekam. Udara di dalam gelas dibakar dengan menggunakan kertas atau kapas, kemudiannya gelas diletakkan atas permukaan kulit.

Manfaat Bekam

Bekam dilakukan sebagai rawatan untuk beberapa masalah kesihatan berikut:

  • Gangguan darah, seperti anemia dan hemofilia
  • Penyakit rematik, seperti arthritis dan fibromyalgia
  • Kesuburan dan gangguan berkait dengan ginekologi
  • Masalah kulit, seperti ekzema dan jerawat
  • Tekanan darah tinggi (hipertensi)
  • Migrain
  • Keresahan dan depresi
  • Ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan sendi kaki
  • Memecahkan lemak

Kesan Sampingan Bekam

Dalam setiap rawatan, penjagaan kebersihan peralatan sangat penting bagi mengelakkan berlakunya kesan sampingan. Kaedah bekam yang tidak betul boleh menyebabkan jangkitan dan penularan penyakit bawaan darah seperti HIV/AIDS, Hepatitis B dan Hepatitis C akibat penggunaan peralatan yang tidak disteril.

Antara kesan sampingan lain yang dialami adalah:

Kulit melecur (jika menggunakan bekam api)
Rasa tidak selesa di tempat bekam
Pening atau pitam
Pendarahan berlebihan

BAGAIMANAKAH RAWATAN BEKAM DILAKUKAN?

Bagi memulakan rawatan bekam, pengamal akan memanaskan cawan bekam menggunakan alkohol, herba atau kertas sebelum melekapkannya pada permukaan kulit.

Ada juga sesetengah pengamal moden yang menggunakan pam getah sebagai alternatif kepada cawan bekam yang dipanaskan.

KEBAIKAN BEKAM API / FIRE CUPPING

🔥✅ Mengurangkan angin dalam badan
🔥✅ Mengurangkan ketegangan otot
🔥✅ Mengurangkan sakit sendi
🔥✅ Baik untuk gastrik