Hasil diagnosis daripada bekam dapat dilihat daripada warna pigmen kulit setelah pembekaman dilakukan. Dalam buku “Canon of Internal Medicine” menyatakan, “Keadaan organ dalaman dapat diketahui dengan cara memerhatikan gejala-gejala luaran dan tanda-tanda fizikal, sehingga penyakit dapat dikesan”. Kesan-kesan Yang Boleh Dilihat Selepas Bekam: Bekas bekam yang timbul berwarna merah cerah, biasanya ini menunjukkan peredaran darah yang baik. Bekas bekam yang timbul berwarna merah gelap, ini memberi petunjuk keadaan lemak di dalam darah yang tinggi dan peredaran darah kurang baik. Bekas bekam yang timbul berwarna ungu kegelapan atau hitam. Pada umumnya keadaan ini memberi petunjuk kekurangan pembekal darah dan pembuluh darah tidak lancar yang disertai bersama-sama darah beku, peredaran darah sangat lemah. Bekas bekam yang timbul dilihat berbentuk bintik-bintik ungu yang tersebar dengan tahap warna yang berbeza darah beku, darah bertoksin yang tersekat. Bekas bekam yang timbul berwarna ungu akan disertai dengan plaque (bercak-bercak), pada umumnya hal ini menandakan terjadinya gangguan atau kelainan gumpalan darah yang berwarna keunguan dan adanya darah beku. Adanya lepuhan/lecur pada bekas bekam (blister), menggambarkan keadaan gangguan gas yang parah pada tubuh. Adanya darah tipis pada lepuhan merupakan reaksi gas panas toksin. Bekas bekam yang muncul berwarna agak pucat atau putih dan tidak hangat ketika disentuh, ini memberi petunjuk terjadinya sejuk (cold). Begitu juga, sekiranya muncul wap air pada dinding bahagian dalam gelas bekam, ini menandakan adanya gas-gas patogen pada kawasan tersebut. Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda: إنَّ أفضلَ ما تداويتُم بِه الحجامةَ أو إنَّ من أمثلِ دوائِكمُ الحجامةَ Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik perubatan yang kalian gunakan adalah berbekam” atau “Sebaik-baik ubat untuk kalian adalah berbekam”. [Riwayat al-Tirmizi, kitab jual beli, bab rukhsah pembekam, no. Hadith 1199] Kesan-kesan Pada Kulit Selepas Bekam Menurut Pandangan Sains Ketika tekanan negatif (penyedutan) dikenakan kpd permukaan kulit selama 3-5 minit, tindakbalas biokimia yang berlaku menyebabkan peningkatan kadar tapisan dan kebolehtembusan dinding-dinding kapilari (pori-pori dinding kapilari melebar), membolehkan sejumlah cecair mengandungi bahan-bahan punca penyakit (CPS) seperti mediator-mediator radang, buangan metabolik (asid urik, kreatinin, kolesterol dan lain-lain), auto antibodi, radikal bebas dan sebagainya diasingkan dan dikumpul bersama cecair interstitial di ruang antara sel (interstitial). Pengumpulan sejumlah cecair ini boleh kita lihat melalui permukaan kulit yang membenjol. Namun harus diingat pada ketika ini juga sejumlah kapilari pecah dan membebaskan sejumlah darah ke dalam ruang interstitial. Darah ini termasuklah sel-sel darah merah akan kehabisan oksigen lalu mati menjadi bangkai. Pengumpulan sel-sel darah merah yang mati dicelah-celah tisu ini boleh kita lihat melalui warna permukaan kulit yg disedut bertukar merah gelap atau kehitaman. Anda tidak perlu risau akan kesan penyedutan itu sebab ada manfaat kesihatan di sebalik tanda “jelek” berkenaan. Sel-sel darah merah yang mati akan ditelan dan dihadam oleh macrophage (sejenis sel darah putih). Proses ini menyebabkan terhasilnya sejenis enzim iaitu HO-1 (Heme Oxygenase 1) di mana ia akan digunakan untuk menguraikan “heme”(molekul yang mengandungi zat besi yang membolehkan sel darah merah mengangkut oksigen) yang terdapat di dalamnya. Hasilnya terbentuklah biliverdin, bilirubin, carbon monoksida dan lain-lain yang mempunyai kesan-kesan antiradang, antioksida dan antiproliferatif yang boleh menyumbang kepada kawalan atau pencegahan penyakit kanser atau penyakit berkaitan radang selain faedah-faedah terapeutik yang pelbagai seperti pembentukan pembuluh-pembuluh darah baru (angiogenesis), pengaktifan fibroblast yang merembes lebih kolagen dan elastin untuk ketegangan atau kecantikan kulit dan sebagainya.
Kesan Terapi Bekam Kepada Anggota Tubuh Selepas Strok
Strok, kadangkala dipanggil juga sebagai “serangan otak“, berlaku apabila sesuatu seperti darah beku menghalang bekalan darah ke bahagian otak (Ischemic stroke) atau apabila saluran darah di otak pecah (hemorrhagic stroke ). Dalam kedua-dua kes, bahagian otak yang terlibat menjadi rosak atau mati. Strok boleh menyebabkan kerosakan otak yang berpanjangan, hilang upaya jangka panjang seperti lumpuh separuh badan, kesukaran bertutur, masalah ingatan bahkan kematian. Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda: حجمَ أبو طيبَةَ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلمَ ، فأمرَ له بصاعٍ من تمرٍ ، وأمَرَ أهلَهُ أن يخفِّفُوا من خراجِهِ Maksudnya: “Abu Thaibah membekam Rasulullah SAW lalu Baginda SAW membayarnya dengan satu sha’ kurma dan Baginda SAW mengarahkan keluarganya untuk meringankan pajaknya”. [Riwayat al-Bukhari, kitab jual beli, bab penjelesan tentang pembekam, no.Hadith 1960] Kesan Stroke Faktor risiko utama strok adalah tekanan darah tinggi dan kencing manis di mana faktor-faktor ini masih boleh dikawal melalui amalan cara hidup sihat atau pengambilan ubatan tertentu daripada doktor perubatan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa terapi bekam keatas sejumlah pesakit strok juga berupaya memperbaiki fungsi motor selain meningkatkan kualiti hidup, sesuai sebagai pendamping kepada rawatan konvensional. Berdasarkan meta-analisa dan systemic review oleh T. Shau et al 2023, terdapat 8 kajian (RCT) yang menunjukkan bahawa terapi bekam basah berupaya mengurangkan tahap kekakuan otot keatas sejumlah pesakit strok yang mengalami kekakuan anggota tubuh atas (lengan atas). Data-data ini diperolehi melalui ujian Ashworth Scale Score, Integral Electromyography Values Of Biceps Muscle, Fugl-Myer Assessment Score & Barthel Index Score yang dilakukan sebelum dan selepas terapi bekam. Meta-analisa & systemic review oleh M.Kim et al 2021 mendapati 21 kajian kesan terapi bekam melibatkan 1653 pesakit strok daripada tahun 2000 hingga 2021. Secara umumnya kajian-kajian ini menunjukkan bahawa terapi bekam berupaya memperbaiki fungsi motor, termasuk tona otot dan mengurangkan tahap kekakuan (spasticity) sejumlah pesakit strok. Terdapat juga sebahagian daripada kajian-kajian itu yang menunjukkan tentang keupayaan terapi bekam dalam mengurangkan tahap keterukan komplikasi post-stroke yang lain seperti meningkatkan kualiti tidur yang terjejas, meningkatkan fungsi kognitif/ingatan, mengurangkan edema pada tangan dan sebagainya. Tujuan utama terapi bekam pada kes post-stroke adalah untuk meningkatkan semula sirkulasi darah pada bahagian tubuh atau otak yang terjejas agar tahap kekakuan atau ketegangan/kontraksi berterusan otot termasuk kesakitan dapat dikurangkan seterusnya memperbaiki fungsi motor pada otot-otot yang terlibat. Penyingkiran bahan punca penyakit atau bahan berkaitan penyakit melalui bekam basah seperti glutamate umpamanya boleh menurunkan risiko kerosakan kekal otak selain menurunkan risiko pelbagai penyakit lain. Selain terapi bekam, pengambilan diet tinggi protein dan “lemak baik” selain terapi fizikal (fisioterapi) juga perlu untuk membantu proses rehabilitasi dikalangan pesakit post-stroke. Jenis-jenis Strok Yang Anda Perlu Tahu Terdapat dua jenis strok yang anda perlu tahu dan bezakan. 1. Strok Berdarah Ia turut dikenali sebagai Haemorrhagic Stroke, satu keadaan di mana saluran arteri atau pembuluh darah di otak pecah kemudian menyebabkan pendarahan berlaku. Apabila keadaan ini terjadi, darah akan meresap masuk ke dalam tisu otak, menyebabkan kerosakan kepada sel-sel lain yang terdapat pada otak. Apabila ini terjadi, otak gagal berfungsi dengan normal. 2. Strok Iskemia Strok jenis ini berlaku apabila saluran darah menjadi sempit kerana kandungan kolestrol dan sisa-sisa lain. Ketulan-ketulan ini menyebabkan gangguan perjalanan darah kepada bahagian otak. Simptom Strok Lain jenis strok, maka lain juga gejalanya terhadap seseorang. Di antara simptom yang boleh dirasai jika seseorang mengalami strok adalah: Berasa kebas atau lemah secara tiba-tiba pada muka, lengan atau kaki, terutamanya jika ia berlaku pada sebelah bahagian badan sahaja. Daya ingatan yang semakin berkurang. Sukar untuk bercakap dan kurang memahami apa yang diperkatakan. Sukar untuk menelan makanan dan minuman. Kurang sedar, pengsan dan keliru. Sukar untuk melihat dengan sebelah mata atau kedua-duanya. Tidak stabil apabila berjalan dan hilang keseimbangan badan. Kelopak mata menjadi layu. Bagaimanapun terdapat tambahan gejala bagi individu yang menghidap strok pendarahan. Ia diakibatkan oleh tekanan di tengkorak kepala secara mendadak. Sakit kepala secara tiba-tiba dan semakin teruk. Loya dan muntah. Sakit di leher. Maka adalah penting untuk anda segera mendapatkan rawatan doktor jika menyedari gejala ini pada diri sendiri.
Ruqyah Guna Air Rendaman Kertas Yang Mengandungi Ayat Quran
Soalan: Assalamualaikum Datuk Mufti. Saya ingin bertanya, bolehkah sekiranya kita meminum air yang telah dilarutkan dengan kertas mengandungi ayat al-Quran? Adakah bentuk ruqyah sebegini dibenarkan dalam Islam? Mohon penjelasan daripada pihak Datuk. Terima kasih. Ringkasan Jawapan: Penulisan ayat al-Quran pada al-Quran bagi tujuan merawat dan mengubati pesakit adalah diharuskan. Oleh itu, harus untuk menggunakan kertas yang ditulis ayat al-Quran dan dilarutkan dengan air sebagai kaedah untuk merawat pesakit dengan syarat kesucian ayat al-Quran itu terpelihara dari sebarang kekotoran dan penghinaan. Namun begitu, seorang perawat mestilah menggunakan alternatif ini untuk merawat sahaja bukan untuk tujuan komersial supaya tidak berlaku penyalahgunaan ayat suci al-Quran serta tidak membuka pintu fitnah terhadap agama Islam itu sendiri. DOA RUQYAH DIRI SENDIRI Rasulullah ﷺ pernah mengajar sahabat cara meruqyah diri sendiri. Daripada Uthman bin Abi al-‘As RA meriwayatkan bahawa beliau pernah mengadu kepada Rasulullah ﷺ tentang kesakitan yang beliau rasa pada tubuh badan sejak beliau memeluk agama Islam. Maka Rasulullah ﷺ pun bersabda: ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِي تَأَلَّمَ مِنْ جَسَدِكَ، وَقُلْ بِاسْمِ اللهِ ثَلَاثًا، وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ Maksudnya: “Letak tanganmu pada bahagian badanmu yang sakit. Kemudian, bacalah Bismillah sebanyak 3 kali dan bacalah 7 kali A’uzubillah wa qudratihi min syarri maa ajidu wa uhaazir.[Hadis riwayat Muslim #2202] Huraian Jawapan Kesakitan merupakan sebahagian daripada fitrah yang berlaku ke atas diri manusia samada melibatkan fizikal atau minda yang menjejaskan bahagian yang sakit berkenaan untuk berfungsi dengan baik. Dalam Islam, unsur-unsur yang mengakibatkan gangguan atau kesakitan sehingga menjejaskan aspek kerohanian manusia turut termasuk dalam kategori penyakit yang perlu dirawat. Namun berbeza dengan kaedah rawatan penyakit fizikal, pesakit yang mengalami kesakitan rohani memerlukan kepada kaedah khusus yang bersesuaian dan bertepatan dengan syariat Islam. Antara bentuk pengubatan menurut Islam adalah dengan menggunakan ayat-ayat suci al-Quran, zikir dan doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Secara asasnya, syariat Islam mengiktiraf kaedah pengubatan atau rawatan dengan menggunakan ayat suci al-Quran. Allah SWT telah berfirman: وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا Maksudnya: “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” Surah al-Isra’ (82) Menurut al-Baghawi, ayat ini menunjukkan bahawa ayat al-Quran berperanan sebagai penawar yang boleh menyembuhkan penyakit-penyakit seperti kesesatan, kejahilan, perasaan ragu-ragu, berbolak-balik dan penawar bagi hati.[1] Sementara al-Razi menjelaskan bahawa peranan al-Quran sebagai penawar bersifat menyeluruh iaitu keseluruhan ayat di dalam al-Quran mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam merawat penyakit-penyakit rohani dan jasmani[2]. Penghujahan ulama tafsir mengenai ayat berkenaan menjelaskan bahawa masalah kerohanian ataupun masalah yang melibatkan hati atau dalaman turut termasuk dalam kategori penyakit dalam Islam yang perlu dirawat. Oleh itu, antara kaedah merawat penyakit berkenaan adalah dengan menggunakan ayat-ayat suci al-Quran. Penulisan ayat al-Quran Pada Kertas: Terdapat pelbagai kaedah yang diamalkan sebagai alternatif dan ikhtiar untuk mengubati pesakit termasuklah dengan menulis ayat al-Quran pada objek seperti kertas dan seumpamanya. Menurut al-Nawawi, ulama berbeza pandangan berhubung penulisan ayat al-Quran pada bekas kemudiannya memberikan air basuhan daripada bekas tersebut untuk diminum oleh pesakit. Beliau menukilkan pandangan daripada al-Hasan, Mujahid, Abu Qilabah dan al-Auza’ie yang mengatakan bahawa hukumnya adalah harus. Begitu juga pandangan daripada Husayn, al-Baghawi dan ulama mazhab Syafi’i selain daripada mereka yang berpendapat bahawa hukum menulis ayat al-Quran pada manisan atau makanan lalu memakannya juga adalah harus[3]. Selain itu, Imam Ibn Qayyim turut menyatakan bahawa ramai ulama salaf yang menulis ayat al-Quran kemudian meminumnya. Beliau turut menukilkan padangan Mujahid Rhm: لا بأس أن يكتب القرآن ويغسله ويسقيه المريض Maksudnya: “Tidak mengapa untuk menulis al-Quran dan membasuh dengannya serta meminumnya bagi orang yang sakit.” (Rujuk Zadd al-Ma‘ad fi Hadi al-Khair al-’Ibad: 4/344) Oleh yang demikian, hukum menulis ayat al-Quran pada helaian kertas lalu membasuh atau merendam kertas tersebut kemudian meminum air daripada larutan yang terhasil daripadanya adalah harus kerana ia termasuk dalam kategori ruqyah yang tidak diharamkan oleh syarak. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi supaya pelaksanaan kaedah sedemikian tidak bercanggah dengan ketetapan syarak dan tidak mendatangkan mudarat kepada pesakit. Penjagaan Kesucian Al-Quran Dalam Rawatan Islam Meskipun terdapat keharusan dalam menggunakan ayat suci al-Quran dalam amalan perubatan dan rawatan Islam, namun ia perlulah seiring dengan tuntutan syarak khususnya dalam menjaga kesucian ayat al-Quran. Antaranya ialah: Tidak bercampur dengan unsur yang mencemarkan Kesucian ayat al-Quran perlu dijaga daripada unsur yang boleh mencemarkannya seperti menggunakan dakwat yang bernajis untuk ditulis pada kertas, menulis pada tempat yang bernajis, ditulis dalam keadaan ayat yang tidak lengkap atau bercampur dengan mantera-mantera yang sesat. Hal ini kerana ia bercanggah dengan firman Allah SWT yang berbunyi: إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ Maksudnya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” Surah al-Hijr (9) Tidak dijadikan alat komersial Penggunaan ayat al-Quran amat sinonim dengan pengamalan rawatan Islam khususnya ketika merawat dan menyembuhkan pesakit yang terlibat. Malah, pengamalan ini diaplikasi dalam pelbagai alternatif seperti bacaan ayat suci al-Quran pada air, makanan dan sebagainya. Namun begitu, mestilah dilakukan untuk tujuan perubatan serta bukan bermatlamatkan komersial supaya tidak berlaku penyalahgunaan ayat suci al-Quran sebagaimana yang termaktub dalam keputusan muzakarah MKI berkenaan ‘Hukum Penjualan Produk Menggunakan Ayat Ruqyah (Ayat Al-Quran) Untuk Tujuan Komersial’.[4] Kesimpulan Penulisan ayat al-Quran pada al-Quran bagi tujuan merawat dan mengubati pesakit adalah diharuskan. Oleh itu, harus untuk menggunakan kertas yang ditulis ayat al-Quran dan dilarutkan dengan air sebagai kaedah untuk merawat pesakit dengan syarat kesucian ayat al-Quran itu terpelihara dari sebarang kekotoran dan penghinaan. Namun begitu, seorang perawat mestilah menggunakan alternatif ini untuk merawat sahaja dan bukan tujuan komersial supaya tidak berlaku penyalahgunaan ayat suci al-Quran serta tidak membuka pintu fitnah terhadap agama Islam itu sendiri. Wallhu A’lam [1] Abu Muhammad al-Baghawi, Tafsir al-Baghawi (Beirut:Dar al-Ihya’ wa al-Turath al-’Arabiy,1420H), 3:158. بَيَانٌ مِنَ الضَّلَالَةِ وَالْجَهَالَةِ يُتَبَيَّنُ بِهِ الْمُخْتَلَفُ وَيَتَّضِحُ بِهِ الْمُشْكِلُ وَيُسْتَشْفَى بِهِ مِنَ الشُّبْهَةِ وَيُهْتَدَى بِهِ مِنَ الحيرة، هو شفاء للقلوب [2] Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghayb, ed. ke-3 (Beirut:Dar al-Ihya’ al-Turath al-’Arabiy,1420H), 21:390. وَالْمَعْنَى وَنُنَزِّلُ مِنْ هَذَا الْجِنْسِ الَّذِي هُوَ قُرْآنٌ مَا هُوَ شِفَاءٌ. فَجَمِيعُ الْقُرْآنِ شِفَاءٌ لِلْمُؤْمِنِينَ، وَاعْلَمْ أَنَّ الْقُرْآنَ شِفَاءٌ مِنَ الْأَمْرَاضِ الرُّوحَانِيَّةِ، وَشِفَاءٌ أَيْضًا مِنَ